Jumaat, 16 Mei 2008

Bisnes Kambing Pun Ada Website

Nampaknya semakin banyak perniagaan di Malaysia yang dah mula memahami kepentingan Internet untuk memajukan bisnes masing-masing. Pada awalnya, hanya syarikat-syarikat besar dan syarikat IT yang menggunakan internet dan mempunyai website.

Tapi sejak akhir-akhir ni, semakin banyak website dilahirkan, dan kebanyakkannya adalah untuk perniagaan kecil. Kita sudah nampak peniaga-peniaga tudung bawal, kek dan kuih, cenderahati perkahwinan sudah mula mengorak langkah untuk mempunyai website untuk mempromosi perniagaan masing-masing. Malah, ada juga pengusaha ikan keli dan pengembala kambing yang juga mempunyai website!

Namun dengan mempunyai website sahaja tidak memadai. Tak guna ada website kalau tak ada orang yang tahu tentang kewujudannya. Dan anda tak semestinya perlu mempunyai website untuk membuat pemasaran Internet! Blog ini ditujukan khas kepada anda yang mempunyai perniagaan, tak kira samada kedai gunting rambut, restoran, MLM, agen insurans dan lain-lain - kita semua berhak mempelajari beberapa tips dan 'trick' untuk memajukan bisnes anda...hanya dengan menggunakan internet.

Tiada ulasan: