Sabtu, 17 Mei 2008

Confused!


Seringkali bila kita buat search berkenaan dengan internet marketing, kita akan dihadapi dengan terma-terma yang terlalu teknikal dan memeningkan kepala. Ramai orang selalu bercerita pasal SEO, keyword, meta tag, ping, backlink. Apo ko bondo semua ni?

Realitinya, kebanyakan peniaga dan pekedai mana nak faham semua benda ni. Seriously, tokey restoran pun lagi sibuk nak menguruskan kedai dari pening kepala memikirkan bagaimana 'perkataan-perkataan' ni boleh membantu perniagaan mereka.

Namun tak dinafikan, seorang pemasar Internet yang serius dan berpengalaman perlu mengetahui benda-benda teknikal macam ni. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang periuk nasi nya bergantung kepada duit yang datang dari blog, produk-produk digital seperti ebook, dan lain-lain. Mereka ni tergolong dari Internet Marketer yang siang malam menghadap komputer. Golongan ini juga banyak jugak berbelanja untuk menyediakan infrastruktur yang mencukupi untuk aktiviti mereka.

Bagaimana pula dengan orang sales, peniaga restoran, pemilik dobi, agen insurans dan lain-lain?. Mereka perlu jaga kedai. Mereka kena selalu bergerak berjumpa dengan customer. Jadi, apakah cara yang paling mudah, tapi pada masa yang sama, paling efektif untuk memajukan business mereka dengan menggunakan Internet? Apa yang dapat dilakukan dalam 30 minit setiap hari (bukannya siang dan malam) untuk membuat pemasaran Internet? Bagaimanakah caranya, dan apa alat yang diperlukan?

Jika anda adalah dari golongan yang kedua ini, ikutilah blog ini untuk tips-tips yang lebih praktikal untuk anda. Nak lagi senang, masukkan email anda pada ruang di sebelah kanan page ni supaya setiap kali ada maklumat baru, ia akan dihantar ke email anda.

Posting seterusnya, saya akan mulakan dengan tips yang pertama, yang berkemungkinan tips yang paling penting untuk perniagaan anda. Stay tuned!

Jumaat, 16 Mei 2008

Bisnes Kambing Pun Ada Website

Nampaknya semakin banyak perniagaan di Malaysia yang dah mula memahami kepentingan Internet untuk memajukan bisnes masing-masing. Pada awalnya, hanya syarikat-syarikat besar dan syarikat IT yang menggunakan internet dan mempunyai website.

Tapi sejak akhir-akhir ni, semakin banyak website dilahirkan, dan kebanyakkannya adalah untuk perniagaan kecil. Kita sudah nampak peniaga-peniaga tudung bawal, kek dan kuih, cenderahati perkahwinan sudah mula mengorak langkah untuk mempunyai website untuk mempromosi perniagaan masing-masing. Malah, ada juga pengusaha ikan keli dan pengembala kambing yang juga mempunyai website!

Namun dengan mempunyai website sahaja tidak memadai. Tak guna ada website kalau tak ada orang yang tahu tentang kewujudannya. Dan anda tak semestinya perlu mempunyai website untuk membuat pemasaran Internet! Blog ini ditujukan khas kepada anda yang mempunyai perniagaan, tak kira samada kedai gunting rambut, restoran, MLM, agen insurans dan lain-lain - kita semua berhak mempelajari beberapa tips dan 'trick' untuk memajukan bisnes anda...hanya dengan menggunakan internet.